Wednesday, December 16, 2015

Life: Christmas All The Way

Jingle bell jingle bell jingle bell ~ Feliz Navidad, Feliz Navidad~ Noel, Noel, Noel Noel~~~~~

Ahhh~ I can hear all the songs everywhere.
(sambil tutup mata mendengar).
(Buka mata dan feel amazing~!)
Wahhhhhhhh..... It's holiday season and Christmas is coming soon!
(Imagine berlari di kawasan salji dam salji juga sedang berguguran turun).
It's Christmas seasoonnnnnnnnn~~~~

Pap! Tampar pipi bertubi-tubi kejap. Propa sangat tau. Ok, sedar dari alam angan-angan. Duduk di Malaysia jer pun mana ada salji bagai. Hihi.. baru jer nak fefeeling tadi bah, kau ni kannnnn!

For the real situation, WAHHHHHHH!!!!! Tinggal seminggu jer lagi nak menyambut Hari Krismas. Yesssss!!! Nahhh tu yang real punya reaksi. Genggaman tangan tu mesti erat dan sebut YES!!!. Naahhhhh lagi propa daripada yang tadi ni. :)

Yessssss lagiiiii sebab cuti sudah approved dan bercuti lama dan boleh berseronok dan jauh dari office dan bersama keluarga dan hoilday soon dan dan dan dannnnnnn... sampailah cuti akan habis nanti dan akan kembali muram dan tidak segembira ini kerana terpaksa kembali ke office lagi. Nayyyyyy~ But, let we enjoy first sepanjang cuti yang diberikan. Up up up up!!! Tangan tu angkat ke atas keduanya nya dan buat aksi put your hands up lagaknya tu. Up up up up gitu... Pandai nyeiiirr! Yeah... siapa tak suka cuti? Semua suka cuti tapi cuti yang bergaji tau. Jangan yang tidak bergaji.

Sepanjang cuti ni nanti manfaatkan masa dengan orang yang tersayang seperti bersama keluarga, kekasih, teman-teman dan sewaktu dengannya.

Apa yang saya harapkan untuk tahun ini semoga keluarga saya dalam keadaan sihat dan selamat, harmoni dan bahagia. Taknak lah kalau asyik murung, sedih, muram jer. For papa dan mama saya semoga saling menyintai antara satu sama lain, dan kami adik-beradik amat menyayangi kamu berdua. Dan untuk adik-beradik saya semoga perhubungan erat yang kuat seperti sekarang akan berkekalan sampai bila-bila. And You, may we stay strong everyday. Amen.

Kepada teman-teman yang menyambut Hari Krismas, di sini saya ucapkan terlebih dahulu selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2016.



Peace & Love,








Tuesday, November 17, 2015

Life: My Soul Sister





Lyne. She is my soul sister. Zaman kecil dulu selalu buli-buli adik perempuan saya ni. Tidak lama lagi dia akan ke Kuching further her study ke Politeknik. Alaaaa rindu la nanti tidak ada partner in-crime lagi. Tidak ada geng pergi Zumba, gi shopping, gi karaoke, gi stuppp stupp stuppppp (faham tak tu?). Saya pasti merindui kamuuuuuuu, adikku. Macamlah tidak balik lagi kan? :p

Dulu kitaorang tidak rapat sangat dan tidak sekepala (of course la kalau sekepala - itu bukan manusia). Since dia dah umur 16 tahun kitaorang dapat masuk line memasing.
 "Kakak, jom pergi Zumba.","Kak, jom pergi mall", "Pergi mana hangout malam ni, kak? Jom la lama tak keluar". - Baiklahhhhh. Kakak yang baik ikut semua permintaan gitu.

Walaupun baru berumur 18 tahun, saya akui dia pandai membawa diri apabila bergaul dengan orang sekeliling. Pemikiran tu pula dah nama budak masih remaja adalah sedikit pemikiran yang masih mentah. If ada masalah pula saya ada juga merujuk masalah saya kepada dia dan tanya pendapat how is this, how is that? Begitu juga dia, if ada masalah cinta ke, masalah sekolah ke, masalah parents kami berdua, dia selalu juga share dengan saya. Kami berkongsi rahsia bersama. That is what sibling for, is it? :) Dia banyak juga memberi semangat kepada saya kalau saya mengusahakan sesuatu (fitness terutamanya,hahaha! -.-' ). Jangan putus asa, Nez!

Minat kami dalam dunia Zumba adalah sama. Saya berkesempatan membawa adik saya menyertai event terbesar Zumba di Kuala Lumpur last month. Since dia tidak pernah ke Kuala Lumpur saya terdetik hati why not to celebrate her freedom from high school level where she just finished her SPM last year and let she explores the world outside from Bintulu. Lihat dunia luar. So, saya menempah tiket Francesca Maria World Tour - Malaysia Experience. I'm glad she was happy during the trip.

Btw, congratulations kerana berjaya masuk ke Politeknik Kuching dan semoga berjaya dalam menempuh alam kuliah yang penuh mencabar itu. Kakak dah merasa, ok adik. Jangan lalai dalam pembelajaran. Belajar sempoi tetapi harus bijak. Banggakan ibubapa dan adik-beradik lain. Wish you the best!

Kiss you with love <3

Peace & Love,





Thursday, October 29, 2015

Life: Jika Kau Seorang Kekasih by Agnes N.L.



Eheemmm! Lama dah saya tidak menulis warkah-warkah di dalam blog ini. Baca tajuk entry, wooowww.. jiwang sehhhh!

Memang jiwang giler. Tu sebenarnya puisi luahan hati saya suatu ketika dulu. Hari ini tadi belek punya belek old stuff haaa terjumpa la benda alah ini. Hobi saya dulu semasa teenager mengarang puisi juga lah. Dulu sekolah menengah saya aliran Sastera, so sedikit sebanyak mempengaruhi jugalah minat "Kesusasteraan" begitu. Tidak selalu cuma kalau perasaan itu moody, rindu, sedih etc, idea tu tetiba muncul di mana apa yang saya tulis itu menggambarkan perasaan saya.

Berbalik dengan tajuk entry tu, puisi ini menggambarkan kekecewaan dalam percintaan. Cheeewahhh! Sedih siot bila nak fikirkan balik tapi nak tergelak juga ada kerana ayat yang tidak boleh belah dan I did something like this for few years ago. I feel like Oh my goshhhhh. So silly. Hahaha :) But that was a memory of mine. For the man I used to love before, thanks for the memory and lesson you gave me. Everything happens for a reason. I believe in faith. I am happy for what I am right now and what I have for this entire life.

When I love someone, I will sincere loving you from the bottom of my heart. <3


Jika Kau Seorang Kekasih

Kekasihkah gelaranmu, wahai Pemuda?

Kekasih yang menyemai cintanya

kepada si Dara,

Memancing pandangan selagi terdaya,

Menabur janji akan setia,

Setiakah dirimu itu, wahai Kekasih?

Apabila sengketa mula menular,

Permainan dusta mula mengancam,

Melepaskanmu suatu kepedihan,

Namun menyintaimu suatu keseksaan,

Berikan pengertian cintamu kepadaku,

Jika kau seorang Kekasih.



Written by Agnes N.L.


This poem was wrote on 2008 if I'm not mistaken. Such a year... :)

Well, untuk pengetahuan entry di atas tidak bermaksud apa-apa sama ada merindui dirindui atau sebagainya. Entry ini hanyalah untuk menyebarkan karya semata-mata.

Until we meet in next entry.

Peace & Love,




Wednesday, August 5, 2015

Vacation : Short Trip to Kota Kinabalu, Sabah (3D2N)


Selamat pagi!

Pagi-pagi begini perut rasa lapar sangat kerana belum breakfast dan sikap kemalasan tahap maksima juga menyelubungi diri untuk prepare breakfast. Jadilah saya seorang yang kebuluran tapi gigih pula nak tulis entry ini. Where's the energy come from yo?*krook krook krook~~~* (Perut berbunyi dan bernyanyi merdu alahai sayang)

Berbalik dengan topik entry di atas, adalah dimaklumkan this is really a major throwback entry kerana short trip ni sebenarnya pada akhir tahun 2014. Half of year 2015 baru nak meng-update? Ni basi yang kaw-kaw punya story. Ini merupakan Christmas trip saya bersama seorang rakan seUniversiti dulu. :)

Saya booked flight ticket dari awal tahun 2014 dengan harga return (Btu-KK) RM166 only. Super murah kot sebab MasWings. Airasia tidak ada flight direct ke KK dari Bintulu. Harap next time di masa depan AA sediakan route Btu-KK. Barulah Everyone Can Fly! Tak gituuuu?

So, ini merupakan aktiviti-aktiviti selama 3 hari 2 malam di KK:


26/12/2014 - Day 1
- 11.30am - Arrival KKIA
- 2.00pm - Check In - DeGalleria Hotel - RM176 for 3D2N (thru Agoda.com)
* (Terpaksa saya merayau dan meninjau kawasan sekeliling kerana room belum ready to check-in)
- Rakan sampai hotel dari KL-KK sekitar jam 4.00pm
- Malam : Pergi pasar malam Kampung Air (depan hotel jer tau!), Jalan kaki ke Center Point Sabah (10-15 minit berjalan)

27/12/2014 - Day2
- 9.00am - Island Hopping - Pulang semula ke jeti lambat. Bot lambat jemput atau kami yang tertinggal? Huhu... Sampai jeti sudah 4.00pm. (RM25-RM30, depend dengan agensi yang jual, so pandai2 cari yang mana sesuai)
* Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Planned 3 pulau tapi cuaca hujan sikit pagi tu, jadi cuma boleh 2 pulau. Kecewa! Nak pergi Pulau Gaya kunun tapi tak boleh.
* (Jalan kaki ke Jesselton Point anggaran 30 minit dari hotel)
- 8.00pm - Makan malam di Pasar Filipin (Jalan kaki sekitar 10-15 minit dari hotel)
- 9.00pm - Jalan kaki ke Suria Sabah selesai makan di Pasar Filipin. (Anggaran 30 minit berjalan kaki)
-  12.00am - Sampai hotel - packing kerana flight awal pagi keesokkan hari nya

28/12/2014 - Day 3
-11.30am - Fly back ke Bintulu
-12.40pm - Rakan fly back ke KL

See! Really short trip right? and a Budget Trip too. Trip orang bujang katakan. Anggaran perbelanjaan kurang RM1000 kot. Roughly sekitar RM500-RM700 sebelum zaman GST. 

Trip last year semata-mata untuk Island Hopping. Next time akan explore more about Sabah ni. Tak sempat pergi Rumah Terbalik, Tip of Borneo, Desa Cattle Diary Farm dan banyak lagi. Saya masukkan dalam wishlist!

Here the photos from my last year trip. Enjoy!

Pulau Sapi
Pulau Sapi tidak banyak ambil gambar.
Pulau Manukan


Turquoise Sea Water. I'm in love.





Bila diimbas kembali rasa rugi tidak mandi-manda di sana, snorkeling dan sebagainya. Datang hanya menikmati pemandangan sahaja. Rugi seribu kali rugi. Next time saya mahu mandi di sana.

Sapi Island.
Di Manukan Island. Tak sah kalau tidak ambil gambar.
Malamnya memang rancang nak gi Pasar Filipin yang pemes disebut2 sebagai syurga seafood tu. Jalan kaki jer kerana tadi siang pergi Jesselton Point jalan kaki memang limpas kawasan ni. Depan Le Meridien Hotel, KK. Jalan kaki dari hotel kita ke pasar filipin agak-agak 15-20 minutes jer kot.

Pasar yang sentiasa penuh dengan penggemar SEAFOOD.


Ketam, Udang, Ikan. Perghhh. Rasa semua nak bedal.

 

 Hasil tangkapan kita:




Lato / Rumpai Laut cicah sama limau campur cili garam aji gaul skali. Perghhhh! Star of the night.
Kami akhiri malam terakhir di Sabah dengan makanan yang awesome. Sangat kenyang tak terkata. Tq Roros kerana sudi datang jumpa (kawan Sabah yg sama U masa study kat UiTM Samarahan) dan makan malam bersama kitaorang. 3 tahun tak jumpa lepas graduated masing-masing balik ke tempat asal. Waaaaa...rindu sama kamu, Sumandak!
 
Lepas lepak-lepak kat Suria Sabah sempat juga tapau beer bawa balik ke hotel untuk "minum-minum bareng" sebelum tidur. Tidur dengan nyenyak malam tu. Keesokkan kita berangkat ke airport awal pagi dengan different destinasi. Nanad, thanks for your time too kerana sudi sebagai partner traveling this time. Miss you too already. And missed SABAH the most lah!

Overall, KK is really a nice place to go. Worth to go for trip! Until we meet again SABAH.

Ni alamat hotel yang kitaorang check.

Address: 
No. 14, Jalan Sentosa, Kampung Air, 
88000 Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Tel. No: +6088-264166


 Peace & Love,




Tuesday, July 21, 2015

Life: Hari Keramat!



Selamat petang semuanya. Hari keramat bakal menjelang. Nak kahwin? Bukan! Bebday? Bukan juga! Anniversary? Bukan, bukan bukan bukan! Habis tuhhh? Hari Audit ler.

Selamat berjaya TQM Unit (unit saya) untuk minggu audit yang akan bermula ESOK! Cuak tak cuak hengkauuuu minah oii? Saya cuak ni. Preparation still in progress dan esok adalah harinya. Oh Noooooooo!!!! Selamat berjaya sekali lagi. Doakan yang terbaik. Ciao.



http://previews.123rf.com/images/artranq/artranq1401/artranq140100022/25059404-caricature-cartoon-comic-portrait-of-a-frustrated-office-worker-girl-Stock-Photo.jpg
CUAK!!!  


Peace & Love,



Monday, July 13, 2015

Life: Long Distance Relationship (LDR)


D: Do you know LDR?

Me: LDR? What is that?

D: Long Distance Relationship

Me: Aaaa.. I see.

Few months later. Getting knw each other in and out.

D: Would you be my gf?

Me: Can you accept my conditions? I am way too far from you. And the major problem is I have really little connection because my working environment is in the forest as you knw abt it. The GPRS can't make any voice calls/video calls. And connection sometimes on and off. Can you accept that? The communication will be our challenge. We only can chat with each other to get connected.

D: Yes, I accept you for who you are and your condition too!

The feelings blooming everyday. Until the day......

D: Hun, I cannot stay in this condition. I wanna keep in touch with you every day & every seconds. Your connection really bad. To love you is the beautiful thing I ever have but our communication is messed up!

Me: (I've told you from the beginning!!!) Baby, can you consider my situation? Pls~ T.T 


LDR:

Siapa pernah berada di dalam situasi LDR atau Hubungan Jarak Jauh? Sesiapa yang di dalam situasi LDR, anda memang seorang yang sangat tabah. LDR memerlukan 100% usaha, kepercayaan, pengorbanan, kejujuran dan kekuatan dalam hati untuk bersama pasangan anda.

Kita dilatih secara langsung dan tidak langsung untuk tabahkan hati dan perasaan kerana kita tidak tahu apa dan di mana pasangan kita berada. Sedikit sebanyak kepercayaan dan kejujuran kepada pasangan kita juga tergugat dan ini merupakan majoriti penyebab utama LDR tidak berjaya. Itu persepsi dari sudut kepercayaan dan kejujuran.

Terdapat juga punca kepada kegagalan LDR kerana komunikasi yang sangat lemah. Tidak kira komunikasi melalui apa-apa media/teknologi yang ada, dan intipati message antara pasangan anda juga amat penting. Kerana jika mesej/komunikasi antara dua pihak tidak begitu memberansangkan dan membosankan, dan mungkin juga meloyakan, tidak sungguh-sungguh dan lembap, pasti akan jadi faktor pergaduhan/pertelingkahan antara pasangan.

Keadaan waktu dan masa yang berbeza juga menjadi faktor. Kalau di sini sudah siang dan di seberang sana baru nak lelapkan mata nak tidur, how to communicate? Fails! But, kalau cinta itu sincere, anything could happen, right? Itu bukan alasan. Kalau si dia cinta sejati korang, ada jodoh, akan kekallah hubungan korang.

Berbalik kepada cerita saya, ya, saya di dalam LDR! Situasinya, dari dua negara yg berbeza. Jadual kerja yang berbeza. Beza waktu saya awal sejam dari dia. Saya kerja yang santai, manakala dia meeting 24/7 dan hanya ada masa waktu tengah malam untuk keep in touch. Waktu siang ada juga keep in touch just jarang kerana kesibukan dia.  Saya tidak ada masalah dengan jadual just that apabila isu connection dibangkitkan, saya jadi lemah kerana itu di luar bidang kuasa saya. So, how? Adakah saya patut mencari rezeki di tempat lain semata-mata untuk keep in touch atau cari alternatif yang lain? Dan sedia maklum, LDR can be anything! Patut ambil risiko seberat itu? I don't think so! Means? Is a break a good decision? It involves two hearts here. LDR, where can you bring me? I'll follow your lead. It's lovely relationship yet its painful. This is my LDR story. So, what is your LDR?

Peace & Love,




Saturday, July 4, 2015

Review: Fratello De Kitchen.(Restaurant & Bar).Bintulu.


Bounjour! Hello! Here's another goodie foodie review from me. Finally, right? (Macam ler ada yg tunggu saya menghapdate. Haha!). Lama juga saya tidak hang around cari jajan makan-makan kat outside. Almaklumlah, kerja dalam hutan jarang juga nak keluar bandar. Keluar bandar pun on weekend Sabtu terperuk kat rumah dengan family, masak utk family, Ahad pula dah balik tempat kerja. Sekali ini tukar angin pula nak makan kat luar. Misi mencari best spot! Pusing-pusing area Bintulu Sentral, ternampak signboard "Fratello De Kitchen" dan limpas jer restaurant ni mula-mula. "Aikk, bila masa mana restaurant ni wujud ye? Sebelum ni tak pernah tengok? Menarik!" detik hati saya. Dasarlah kan orang baru keluar dari hutan macam saya ni memang lambat update benda baru. Kena buat pusingan U lagi dan parking perfectly depan restaurant. Saya bertemankan seorang sahabat, Jenny. Food hunting pun bermula. :)

Nice ambient and interior. Foods selection pun banyak. Saya ordered Lamb Shoulder served with Black Pepper Sauce dan Jenny pula Chicken Chop served with Mushroom Sauce Side dish pula ordered French Fries.

Let's review. Here are the photos!






























Aneka pilihan menu disediakan. 
Asian - western menu is available.




Lamb Shoulder with Sauce Selection - Black Pepper - RM19.90
Fries - RM3.50
Apple Juice - RM8.50

Chicken Chop with sauce Selection - Mushroom - RM16.90


From my review, the taste of the Lamb chop - sedap. Sauce is superb. But a bit liat lah, atau mmg normal lamb ni liat? coz everytime makan lamb chop texture mmg liat. Presentation tip top.

My friend's review about the Chicken Chop ialah rasa ayam tidak fresh. Saya cuba dan makan ok jer. Sedap. Mungkin anak tekak Jenny belum dapat terima makanan kot sebab dia agak kurang sihat dan deria rasa orang sakit ni lain sikit. Tak dapat masuk! French fries? Hot & crispy! Yummy.

So far, Fratello De Kitchen is recommended and deserve my next time visit. Next time nak order other menu pulak. Pizza ke, pasta ke, dessert ke, burgers and sandwich ke?? Surely I will come back and saya nak tempat duduk kat tingkat atas tu. :)

Sesiapa yang menginginkan suasana romantic dinner, casual meet up with friends & family, this place is recommended dan datanglah ke:

Fratello De Kitchen
Bintulu Sentral
(depan bangunan Dinner World)


Sekian review daripada saya untuk kali ini. :)

Peace & Love,





Wednesday, July 1, 2015

Life: Le Sista


Hai manteman! Tetiba jer kan saya menerjah. Padan muka korang kerana tak terkejut pun. Hahaha. Saya tahu.. :)

Nak tanya, siapa ada adik perempuan atau kakak? Angkat kening ciked! Ha tuu tuuu tuuuuu dah nampak ada yg cuba angkat kening persis kak Ziana. Anak pintar kalian. Post ni lebih sesuai untuk kaum perempuan yg ada adik perempuan atau kakak kerana ni berdasarkan apa yang saya rasa atau pun pendapat saya seorang. Tapi tak ada kaitan dengan isu perkauman, politik, agama, atau sewaktu dengannya ya. This is just a casual entry. So jangan fening2. Tak suka, tak suka. Kita mau hidup aman damai jer kan? Harmoni gituu.

Saya mempunyai 6 orang adik-beradik. Ye, big family kan? :) 3 lelaki dan 3 perempuan. Cun gitu. Dan sayalah anak yang sulung. Dan paling terpendek. I am limited edition okeh?

Dulu masa sekolah rendah, menengah sampailah jejak kaki ke universiti, kawan rapat kita ialah KAWAN la kan? Siapa yg tidak punya kawan semasa zaman2 sekolah dulu? Hihihi. Tipulah kalau korang tidak ada kawan2. Di waktu itulah wujudnya istilah bestfriend lah, bestfriend forever lah, group kamceng lah, siap ada puak2 kekawan. Kawan-kawan inilah yang menemani kita melalui zaman kanak-kanak, remaja dan menuju ke fasa dewasa. Tanya saya ada bestfriend tak dedulu waktu sekolah? Saya ada. Siap tulis diari harian, tulis isi hati dalam diari contohnya syok dengan mamat ini mamat itu dan confess dlm diari tu, lepas tu kita pass diari kepada bestfriend kita. Bestfriend kita baca, dan dia akan balas tulis buku diari yang sama bagi kita nasihat apa yg patut cara-cara untuk tackle secret admire dan dia pun luah masalah atau dilemma dia dan pass kat saya, dan begitulah seterusnya. Banyak ragam kan? Mencuit hati kalau ingat kenangan dulu-dulu. Walau agak kuno. Hahaha. Kawan-kawan ni juga yg mengajar kita erti kehidupan kerana ada jenis kawan yang baik dan ada jenis yang tikam belakang kawan sendiri. Jadi pengalaman macam ini yang mematangkan kita secara langsung dan tidak langsung. Itu bagi pendapat sayalah, tak tahu pula korang.

Dah masuk alam pekerjaan lain pula ceritanya. Kawan-kawan tu dah kurang. Masing-masing ada komitmen sendiri. Sudah ada kawan yang berumah-tangga, kerja dan tanggungjawab, belajar, dan byk lagilah. Termasuklah dengan diri saya sendiri. Eh, saya masih bujang. Komitmen saya cuma kerjaya sahaja. Sejak masuk alam kerja saya dapat rasakan kelompok kawanan saya dah makin berkurangan. Bestfriend saya yang dulu tu pun dah jarang dah keep in touch. Begitu juga kawan-kawan yang lain yang sama U, sama sekolah rendah dan menengah mmg jarang keep in touch. Masuk alam dewasa ini perubahan berlaku secara kita tidak sedar. Adakah kita semakin matang? Ada ke istilah begitu? Huhuhu.. Saya pun tak tahu.

Saya lebih meluangkan masa bersama keluarga saya. Alam kerja ni tak seperti waktu jadi pelajar dulu. Waktu dulu punya banyak masa untuk luangkan masa bersama kawan-kawan. Waktu sekarang ini masih sama juga hang out bersama kawan-kawan cuma lebih terhad kerana time limited. Jadi family ialah sebahagian besar yang mengisi masa lapang bersama saya. Faktor tempat kerja jauh dan bercuti ke bandar waktu weekend saja, menjadikan saya lebih memilih bersama family. Dulu zaman sekolah saya jarang sekali bersama family dan tidak rapat dengan adik-beradik saya. Selalu gaduh, bertengkar, berkelahi kerana tidak mahu kalah dengan adik-beradik lain. Tambahan jadi kakak sulung, harus ikut leader la! Haha.. Taiko besar siapa berani lawan? Adik-adik tak takut pun. Lol.

So, sekarang kawan-kawan saya ialah keluarga saya sendiri iaitu adik-adik saya. Saya ada 2 orang adik perempuan. Lyne berumur 18 tahun dan Martha berumur 12 tahun. Apabila masa lebih terluang kepada keluarga, hubungan kami the sisters semakin akrab. Balik weekend, saya akan ajak adik-adik saya membuat aktiviti-aktiviti bersama. Seperti zumba bersama, kalau ada event di luar yang melibatkan zumba Lyne la yang selalu temankan kerana kami mempunyai minat yang sama. Kadang-kadang lunch/dinner di luar bersama (among the sisters), pergi picnic, menonton wayang, shopping, karaoke dan macam-macam lagi. Hubungan yang positif begini amat saya perlukan untuk mendapat kasih sayang daripada keluarga sendiri. Lupakan stress kerja dan drama dunia sementara. Tak ternilai kasih sayang keluarga jika dibandingkan hubungan sementara bersama kawan-kawan kita di luar tu. Kawan adalah seorang kawan takkan sama dengan keluarga kita.

How time flies to see both my angels grown up in front of me. Such a big girl now. Dulu buli-buli adik, sekarang dah tak dapat buli kerana sudah meningkat gadis. Garang-garang kakak kamu ini, hati saya ada taman tau! Muka garang macam harimau tapi hati baik dan lembut. Siapa tak sayang korang adik oiii~ Kakak sayang korang. Sayang adik-adik laki juga cuma tak dapat la main-main make up sama. Senget!

Love you to the moon and back! - Le sista

No matter what, family is our priority. Siapa setuju? Saya~~~

Peace & Love,





Tuesday, April 14, 2015

Review: Hyello Cafe & Bistro, Bintulu



Ingin makan ayam pansuh, sambal petai, keli masak tempoyak, paku masak belacan, pucuk ubi dan macam-macam lagi borneo taste? Hyello Cafe & Bistro ada semuanya. Macam mana nak pronouce ni? He-llo? Hei-llo? Hai-lo?  Pertama berkunjung ke cafe ini pada awal October tahun 2014. Percaya ke tidak, owner cafe ni Orang Ulu (etnik di Sarawak) tau. Bangganya saya tau sebab ada etnik kita dah maju setapak dalam bidang perniagaan begini. Kita tak dengki malah kita sokong bangsa kita pandai meniaga.

Hyello Cafe & Bistro terletak sama bangunan dengan Secret Recipe yang kat Medan Raya tu. Dah dapat bayangkan tak? Iyaaaa.. Yang opposite Lalaland Bistro & Pub tu. Seberang jalan jer. 

Mari saya review Hyello Cafe & Bistro:

Cafe & Bistro. 
Bar & Grill. Cafe . Breakfast & Brunch Restaurant

Provides you Borneo Taste & Western Cuisine


                                                         



Interior dalaman




















Special nya restoran ini kerana menyediakan lunch yang berunsurkan Borneo Taste Buffet. Ada juga order ala carte punya style. Anak tekak siapa yang memang orang borneo sejati? Sila angkat sudu! Sesuai sangat datang ke sini. Masakan ala-ala rumah/kampung yang disediakan. Mari tengok menu-menu yang ada:

Semua gambar hasil ehsan dari page facebook Hyello Cafe & Bistro:

Aneka Pilihan Rasa


Paku Ikan

Keli Masak Tempoyak



Yummy Terung Masam

Marvelous Sambal Petai

Nasi Bungkus (So Classic!)

Umbut-umbut

Pucuk Ubi


Ayam Pansuh 



Dan banyak lagi menu-menu yg disediakan.


Ini portion yg saya ambil.
Lauk: Pucuk Ubi, Keli, Sambal petai perghhh,
and satu lagi tu tak ingat nama.
RM7/serving.
Sangat lumayan dan puas hati dengan price yg dikenakan.
Ambil banyak mana mampu kau RM7 juga kot?
Better double check dgn owner later ya kalau kalian mahu ambil semampu mana. Hiuhiu :)

Lapar-lapar waktu lunch maiiii la datang singgah sini dan cuba masakan enak dari chef Hyello ni. Confirm korang nak datang lagi. Saya dah pilih spot tempat ni sebagai tempat kegemaran. Next time saya nak bawa mak, apak, adik-adik datang makan sini merasa masakan kampung yang mungkin ada yg jarang kita sefamily makan. 

Cafe ini ada dua tingkat. Yang bawah untuk makan-makan breakfast, lunch or brunch and untuk dinner juga. Korang juga boleh datang ke atas cafe ni di mana ada bar pula dibuka pada sebelah malam.

Yang bestnya bar ini sometimes ada live band group dijemput untuk buat persembahan menghibur pengunjung di sini. Second time pergi pun saya tidak berpeluang melihat live band di sana. So not lucky me. Huhuhu... 



Gambar ehsan dari page facebook Hyello.

Dan ada pengumuman ISTIMEWA kepada fans
Masterpiece
Masterpiece are coming to meet their fans in 
Bintulu and performing live in
 Hyello Bistro 
on this 
Saturday 18/4/ 2015
for all masterpiece fans out there..
don't miss out!

 Happy tak? Happy tak?
One of famous band in Sarawak
Rugi2 sgt kalau korang tak datang.

Selain itu, Hyello ada Happy Hour Rate pulak.

--------
 Ms. Win, Lyne and I.
It's Ladies Night Out yo!

My sis Lyne & I hang around quite often.

The bar is so spacious with good ambiance.
They provide open karaoke like other pub & lounge.
Nice place untuk hang out with your buddies.
Western foods ada juga dijual cuma malam tu  
cuma order french fries sebab masih kenyang.
And of course that night I sang one song.
Saya ni hantu karaoke. 
Bagi jer mic kalau boleh saya saja yang menyanyi.
Tapi tak boleh la selfish.. takut semua pengunjung cabut lari.
So, bagi korang-korang semua yg memang mencari tempat untuk makan makanan yg sedap dan spot release tension korang, Hyello Cafe & Bistro adalah tempat yang sesuai. 
Alamat adalah seperti di bawah:
Hyello Cafe & Bistro
No. 264, Assyakirin Commerce Square, 
Jalan Sultan Iskandar,
97000 Bintulu

 HP: 013-8812979

Atau boleh layari Facebook ini untuk mendapat info yang lebih lanjut:

Sekian review daripada saya,
Peace & Love,