Wednesday, August 5, 2015

Vacation : Short Trip to Kota Kinabalu, Sabah (3D2N)


Selamat pagi!

Pagi-pagi begini perut rasa lapar sangat kerana belum breakfast dan sikap kemalasan tahap maksima juga menyelubungi diri untuk prepare breakfast. Jadilah saya seorang yang kebuluran tapi gigih pula nak tulis entry ini. Where's the energy come from yo?*krook krook krook~~~* (Perut berbunyi dan bernyanyi merdu alahai sayang)

Berbalik dengan topik entry di atas, adalah dimaklumkan this is really a major throwback entry kerana short trip ni sebenarnya pada akhir tahun 2014. Half of year 2015 baru nak meng-update? Ni basi yang kaw-kaw punya story. Ini merupakan Christmas trip saya bersama seorang rakan seUniversiti dulu. :)

Saya booked flight ticket dari awal tahun 2014 dengan harga return (Btu-KK) RM166 only. Super murah kot sebab MasWings. Airasia tidak ada flight direct ke KK dari Bintulu. Harap next time di masa depan AA sediakan route Btu-KK. Barulah Everyone Can Fly! Tak gituuuu?

So, ini merupakan aktiviti-aktiviti selama 3 hari 2 malam di KK:


26/12/2014 - Day 1
- 11.30am - Arrival KKIA
- 2.00pm - Check In - DeGalleria Hotel - RM176 for 3D2N (thru Agoda.com)
* (Terpaksa saya merayau dan meninjau kawasan sekeliling kerana room belum ready to check-in)
- Rakan sampai hotel dari KL-KK sekitar jam 4.00pm
- Malam : Pergi pasar malam Kampung Air (depan hotel jer tau!), Jalan kaki ke Center Point Sabah (10-15 minit berjalan)

27/12/2014 - Day2
- 9.00am - Island Hopping - Pulang semula ke jeti lambat. Bot lambat jemput atau kami yang tertinggal? Huhu... Sampai jeti sudah 4.00pm. (RM25-RM30, depend dengan agensi yang jual, so pandai2 cari yang mana sesuai)
* Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Planned 3 pulau tapi cuaca hujan sikit pagi tu, jadi cuma boleh 2 pulau. Kecewa! Nak pergi Pulau Gaya kunun tapi tak boleh.
* (Jalan kaki ke Jesselton Point anggaran 30 minit dari hotel)
- 8.00pm - Makan malam di Pasar Filipin (Jalan kaki sekitar 10-15 minit dari hotel)
- 9.00pm - Jalan kaki ke Suria Sabah selesai makan di Pasar Filipin. (Anggaran 30 minit berjalan kaki)
-  12.00am - Sampai hotel - packing kerana flight awal pagi keesokkan hari nya

28/12/2014 - Day 3
-11.30am - Fly back ke Bintulu
-12.40pm - Rakan fly back ke KL

See! Really short trip right? and a Budget Trip too. Trip orang bujang katakan. Anggaran perbelanjaan kurang RM1000 kot. Roughly sekitar RM500-RM700 sebelum zaman GST. 

Trip last year semata-mata untuk Island Hopping. Next time akan explore more about Sabah ni. Tak sempat pergi Rumah Terbalik, Tip of Borneo, Desa Cattle Diary Farm dan banyak lagi. Saya masukkan dalam wishlist!

Here the photos from my last year trip. Enjoy!

Pulau Sapi
Pulau Sapi tidak banyak ambil gambar.
Pulau Manukan


Turquoise Sea Water. I'm in love.





Bila diimbas kembali rasa rugi tidak mandi-manda di sana, snorkeling dan sebagainya. Datang hanya menikmati pemandangan sahaja. Rugi seribu kali rugi. Next time saya mahu mandi di sana.

Sapi Island.
Di Manukan Island. Tak sah kalau tidak ambil gambar.
Malamnya memang rancang nak gi Pasar Filipin yang pemes disebut2 sebagai syurga seafood tu. Jalan kaki jer kerana tadi siang pergi Jesselton Point jalan kaki memang limpas kawasan ni. Depan Le Meridien Hotel, KK. Jalan kaki dari hotel kita ke pasar filipin agak-agak 15-20 minutes jer kot.

Pasar yang sentiasa penuh dengan penggemar SEAFOOD.


Ketam, Udang, Ikan. Perghhh. Rasa semua nak bedal.

 

 Hasil tangkapan kita:




Lato / Rumpai Laut cicah sama limau campur cili garam aji gaul skali. Perghhhh! Star of the night.
Kami akhiri malam terakhir di Sabah dengan makanan yang awesome. Sangat kenyang tak terkata. Tq Roros kerana sudi datang jumpa (kawan Sabah yg sama U masa study kat UiTM Samarahan) dan makan malam bersama kitaorang. 3 tahun tak jumpa lepas graduated masing-masing balik ke tempat asal. Waaaaa...rindu sama kamu, Sumandak!
 
Lepas lepak-lepak kat Suria Sabah sempat juga tapau beer bawa balik ke hotel untuk "minum-minum bareng" sebelum tidur. Tidur dengan nyenyak malam tu. Keesokkan kita berangkat ke airport awal pagi dengan different destinasi. Nanad, thanks for your time too kerana sudi sebagai partner traveling this time. Miss you too already. And missed SABAH the most lah!

Overall, KK is really a nice place to go. Worth to go for trip! Until we meet again SABAH.

Ni alamat hotel yang kitaorang check.

Address: 
No. 14, Jalan Sentosa, Kampung Air, 
88000 Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Tel. No: +6088-264166


 Peace & Love,