Thursday, February 18, 2016

Review: Da Sa Rang Korean BBQ Restaurant (Bintulu)

Annyeonghaseyo!

Siapa minat Running Man? Angkat eyebrow ciked! Hehehe... Acah jer.

Sebut pasal Korea pasti ingat Running Man, betul tak? Tak pun ingat dengan artis-artis Korea favorite korang. Sebut a few pleaseee~~~ Kalau saya sendiri artis yang saya tahu tu seperti group K-pop like Big Bang, CN Blue, 2NE1, Girl Generations, BTOB, PSY, Hyuna. Tu jer kot yang saya tahu. Saya tidak begitu mengikut perkembangan artis K-pop bagai ni. Kalau lagu tu macam sedap jer beats dan rhythms masuk telinga dan boleh bawa menari2, saya download la. Faham lagu tu tidak, harammmm sepatah saya tak faham. Paling pun "saranghae saranghae saranghae" tu fahamlah.

Makanan Korea ni sudah seperti trend dan jadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang. Saya pula barulah merasa apa tu makanan Korea. Paling-paling saya beli homemade kimchi dari supermart dan makan di rumah dan berangan bagaikan orang korea makan kimchi pakai chopstick. Typical me.. Hahaha. :P Kalau makanan Jepun, selalulah juga makan seperti sushi dan adik-beradik sushilah, saya tidak reti nak sebut.

Di Bintulu sudah terdapat beberapa buah restaurant Korea yang ada seperti Hanwoori BBQ Korean Restaurant, Korea House Korean Restaurant, New Seoul Korean Restaurant dan Da Sa Rang Korean BBQ Restaurant. Mungkin salah satu faktornya kerana ramai orang Korea yang bekerja di Bintulu adanya projek di Samalaju. Selain itu, orang kita juga menggemari makanan Korea ni. Sebelum ni lalu jer, sebelum ni aim jer, bila la merasa makanan Korea? Sedap ke makanan korea? Tgk kat ig orang, Facebook, blog korang yang ada posted makanan Korea, sedap ke tu? Mahal ke idokkkk? Kali ini giliran saya lah pula merasa makanan Korea rasa macam apa kan? Itupun kawan yang ajak. "Hei, bonus ni jom la try makanan Korea. Rasa makanan lain dari yang lain la pulak." saya apalagi. "Woiii, why not? Jomlah give a try". Boleh jer kot pergi mana-mana restaurant dan order makanan Korea ni, cuma kalau pergi tidak berteman, malu juga nak menyuap sesorang. Dah jakun katakan. Seganlah! Huahuahua.... Jam 9.30pm keluar dari rumah setelah lama melaram depan cermin dan straight to the spot dinner, Da Sa Rang Korean BBQ Restaurant (atas 101, Medan) dan for readers info restaurant ni sesuai untuk non-muslim sahaja. :)

Sampai dah dan siap duduk. Nak order apa eh? Senyum-senyum jer lihat menu yang ada. Tidak pernah makan dohhh. Sik pernah kamek makan benda-benda kedaktok. Hahahaha. Lantak jer la dan sesi memilih pun bermula.

Let the picture speaks:

Interior


Pemilihan menu + harga (Mahalnyerrrrrr):







Saya dan teman sepakat order Bulgogi Jeongol iaitu Beef-on-the- Bone Soup with Potatoes RM55.00






And come with side dishes as per below:

Nasi + Nori Seaweed tidak termasuk dalam side dishes. (Ala carte)



Nasi RM5.00
Nori RM5.00

Kita tambah order pula pancake nye:

Haemul Pajeon 

Haemul Pajeon Seafood & Green Onion Pancake RM30.00

Korea Can Drink Apple Flavored
RM5.00

First menu sampai ke meja, mak aiii besarnya portion! Saya dan teman berpandangan (sambil telan air liur), spontan sebut "Dapat habiskan ke ni?". Dihantar pula side dishes yang rasanya agak banyak juga.

Bulgogi Jeongol tu tadi diletakkan di atas stove untuk dipanaskan dan mixed all the veggies. Sementara tu kita berdua tengah panik macam mana nak habiskan makanan ni. Been called few friends to come over to join us dinner because the portion was really big. Can eat for 3-4 persons. Even said it is all on US. No need to pay just come over to join us dinner. Membazir tau kalau tidak habis. Even dah bagitahu free semua kawan tidak dapat datang. Mana tidaknya sudah jam 10 malam kot jam orang nak masuk tidur tapi kami berdua baru nak dinner. (It was Saturday anyway, siapa yang tidur awal on weekend ooo?). In the end, memang haruslah kami berdua habiskan makan tu.

So, my first experience dengan makanan Korea?

Bulgogi Jeongol - Sedap dan nyaman, beef? I loved beef so much! Cumaaaaa...... dish ni rasa agak manis. Not really a fan if meat yang rasa manis-manis. Mungkin bagi yang tekak biasa makanan yang manis sesuai kot dengan anak tekak korang. Even Ayam Masam Manis saya tidak berapa suka, apa lagi? Ayam tiga rasa ke, Honey Lemon Chicken ke, tidak masuk anak tekak. Manis.

Side dishes - Ada kimchi, black beans, beansprouts, etc. Emmmm Dap! Kimchi2 saya suka.

Haemul Pajeon - Telur goreng jer pun. Tapi seafood dalam pancake ni so WIN! Banyak seafood yang dimasukkan dalam pancake ni. Agak mahal kalau kita fikir pasal telur. Makanan korea kan, mahal la kot.

So far, makanan korea sedap dan agak mahal. Mungkin standard makanan korea memang harga sebegini tapi masih mampu untuk kita bayarlah. Sure, I will come back to try other menus.

Untuk mempelbagaikan citarasa korang, why not give a try kan untuk merasa makanan budaya Korea ni kan? Tidak payah la nak tunggu peluang nak ke Korea baru nak merasa, tapi kalau ada rezeki ke Korea, takkan nak tolak pulak? Hahaha.

Annyeonghaseyo!


 Please help yourself and go to Da Sa Rang Korean BBQ Restaurant.

Alamat:
Da Sa Rang
Korean BBQ Restaurant
Sublot 54 of Parent Lot 7668,
Block 31, 1st Floor, 
Kemena Land,
97000 Bintulu, Sarawak.

Facebook:
 Da Sa Rang Korean BBQ Restaurant


 Peace & Love,