Tuesday, July 21, 2015

Life: Hari Keramat!



Selamat petang semuanya. Hari keramat bakal menjelang. Nak kahwin? Bukan! Bebday? Bukan juga! Anniversary? Bukan, bukan bukan bukan! Habis tuhhh? Hari Audit ler.

Selamat berjaya TQM Unit (unit saya) untuk minggu audit yang akan bermula ESOK! Cuak tak cuak hengkauuuu minah oii? Saya cuak ni. Preparation still in progress dan esok adalah harinya. Oh Noooooooo!!!! Selamat berjaya sekali lagi. Doakan yang terbaik. Ciao.



http://previews.123rf.com/images/artranq/artranq1401/artranq140100022/25059404-caricature-cartoon-comic-portrait-of-a-frustrated-office-worker-girl-Stock-Photo.jpg
CUAK!!!  


Peace & Love,



Monday, July 13, 2015

Life: Long Distance Relationship (LDR)


D: Do you know LDR?

Me: LDR? What is that?

D: Long Distance Relationship

Me: Aaaa.. I see.

Few months later. Getting knw each other in and out.

D: Would you be my gf?

Me: Can you accept my conditions? I am way too far from you. And the major problem is I have really little connection because my working environment is in the forest as you knw abt it. The GPRS can't make any voice calls/video calls. And connection sometimes on and off. Can you accept that? The communication will be our challenge. We only can chat with each other to get connected.

D: Yes, I accept you for who you are and your condition too!

The feelings blooming everyday. Until the day......

D: Hun, I cannot stay in this condition. I wanna keep in touch with you every day & every seconds. Your connection really bad. To love you is the beautiful thing I ever have but our communication is messed up!

Me: (I've told you from the beginning!!!) Baby, can you consider my situation? Pls~ T.T 


LDR:

Siapa pernah berada di dalam situasi LDR atau Hubungan Jarak Jauh? Sesiapa yang di dalam situasi LDR, anda memang seorang yang sangat tabah. LDR memerlukan 100% usaha, kepercayaan, pengorbanan, kejujuran dan kekuatan dalam hati untuk bersama pasangan anda.

Kita dilatih secara langsung dan tidak langsung untuk tabahkan hati dan perasaan kerana kita tidak tahu apa dan di mana pasangan kita berada. Sedikit sebanyak kepercayaan dan kejujuran kepada pasangan kita juga tergugat dan ini merupakan majoriti penyebab utama LDR tidak berjaya. Itu persepsi dari sudut kepercayaan dan kejujuran.

Terdapat juga punca kepada kegagalan LDR kerana komunikasi yang sangat lemah. Tidak kira komunikasi melalui apa-apa media/teknologi yang ada, dan intipati message antara pasangan anda juga amat penting. Kerana jika mesej/komunikasi antara dua pihak tidak begitu memberansangkan dan membosankan, dan mungkin juga meloyakan, tidak sungguh-sungguh dan lembap, pasti akan jadi faktor pergaduhan/pertelingkahan antara pasangan.

Keadaan waktu dan masa yang berbeza juga menjadi faktor. Kalau di sini sudah siang dan di seberang sana baru nak lelapkan mata nak tidur, how to communicate? Fails! But, kalau cinta itu sincere, anything could happen, right? Itu bukan alasan. Kalau si dia cinta sejati korang, ada jodoh, akan kekallah hubungan korang.

Berbalik kepada cerita saya, ya, saya di dalam LDR! Situasinya, dari dua negara yg berbeza. Jadual kerja yang berbeza. Beza waktu saya awal sejam dari dia. Saya kerja yang santai, manakala dia meeting 24/7 dan hanya ada masa waktu tengah malam untuk keep in touch. Waktu siang ada juga keep in touch just jarang kerana kesibukan dia.  Saya tidak ada masalah dengan jadual just that apabila isu connection dibangkitkan, saya jadi lemah kerana itu di luar bidang kuasa saya. So, how? Adakah saya patut mencari rezeki di tempat lain semata-mata untuk keep in touch atau cari alternatif yang lain? Dan sedia maklum, LDR can be anything! Patut ambil risiko seberat itu? I don't think so! Means? Is a break a good decision? It involves two hearts here. LDR, where can you bring me? I'll follow your lead. It's lovely relationship yet its painful. This is my LDR story. So, what is your LDR?

Peace & Love,




Saturday, July 4, 2015

Review: Fratello De Kitchen.(Restaurant & Bar).Bintulu.


Bounjour! Hello! Here's another goodie foodie review from me. Finally, right? (Macam ler ada yg tunggu saya menghapdate. Haha!). Lama juga saya tidak hang around cari jajan makan-makan kat outside. Almaklumlah, kerja dalam hutan jarang juga nak keluar bandar. Keluar bandar pun on weekend Sabtu terperuk kat rumah dengan family, masak utk family, Ahad pula dah balik tempat kerja. Sekali ini tukar angin pula nak makan kat luar. Misi mencari best spot! Pusing-pusing area Bintulu Sentral, ternampak signboard "Fratello De Kitchen" dan limpas jer restaurant ni mula-mula. "Aikk, bila masa mana restaurant ni wujud ye? Sebelum ni tak pernah tengok? Menarik!" detik hati saya. Dasarlah kan orang baru keluar dari hutan macam saya ni memang lambat update benda baru. Kena buat pusingan U lagi dan parking perfectly depan restaurant. Saya bertemankan seorang sahabat, Jenny. Food hunting pun bermula. :)

Nice ambient and interior. Foods selection pun banyak. Saya ordered Lamb Shoulder served with Black Pepper Sauce dan Jenny pula Chicken Chop served with Mushroom Sauce Side dish pula ordered French Fries.

Let's review. Here are the photos!






























Aneka pilihan menu disediakan. 
Asian - western menu is available.




Lamb Shoulder with Sauce Selection - Black Pepper - RM19.90
Fries - RM3.50
Apple Juice - RM8.50

Chicken Chop with sauce Selection - Mushroom - RM16.90


From my review, the taste of the Lamb chop - sedap. Sauce is superb. But a bit liat lah, atau mmg normal lamb ni liat? coz everytime makan lamb chop texture mmg liat. Presentation tip top.

My friend's review about the Chicken Chop ialah rasa ayam tidak fresh. Saya cuba dan makan ok jer. Sedap. Mungkin anak tekak Jenny belum dapat terima makanan kot sebab dia agak kurang sihat dan deria rasa orang sakit ni lain sikit. Tak dapat masuk! French fries? Hot & crispy! Yummy.

So far, Fratello De Kitchen is recommended and deserve my next time visit. Next time nak order other menu pulak. Pizza ke, pasta ke, dessert ke, burgers and sandwich ke?? Surely I will come back and saya nak tempat duduk kat tingkat atas tu. :)

Sesiapa yang menginginkan suasana romantic dinner, casual meet up with friends & family, this place is recommended dan datanglah ke:

Fratello De Kitchen
Bintulu Sentral
(depan bangunan Dinner World)


Sekian review daripada saya untuk kali ini. :)

Peace & Love,





Wednesday, July 1, 2015

Life: Le Sista


Hai manteman! Tetiba jer kan saya menerjah. Padan muka korang kerana tak terkejut pun. Hahaha. Saya tahu.. :)

Nak tanya, siapa ada adik perempuan atau kakak? Angkat kening ciked! Ha tuu tuuu tuuuuu dah nampak ada yg cuba angkat kening persis kak Ziana. Anak pintar kalian. Post ni lebih sesuai untuk kaum perempuan yg ada adik perempuan atau kakak kerana ni berdasarkan apa yang saya rasa atau pun pendapat saya seorang. Tapi tak ada kaitan dengan isu perkauman, politik, agama, atau sewaktu dengannya ya. This is just a casual entry. So jangan fening2. Tak suka, tak suka. Kita mau hidup aman damai jer kan? Harmoni gituu.

Saya mempunyai 6 orang adik-beradik. Ye, big family kan? :) 3 lelaki dan 3 perempuan. Cun gitu. Dan sayalah anak yang sulung. Dan paling terpendek. I am limited edition okeh?

Dulu masa sekolah rendah, menengah sampailah jejak kaki ke universiti, kawan rapat kita ialah KAWAN la kan? Siapa yg tidak punya kawan semasa zaman2 sekolah dulu? Hihihi. Tipulah kalau korang tidak ada kawan2. Di waktu itulah wujudnya istilah bestfriend lah, bestfriend forever lah, group kamceng lah, siap ada puak2 kekawan. Kawan-kawan inilah yang menemani kita melalui zaman kanak-kanak, remaja dan menuju ke fasa dewasa. Tanya saya ada bestfriend tak dedulu waktu sekolah? Saya ada. Siap tulis diari harian, tulis isi hati dalam diari contohnya syok dengan mamat ini mamat itu dan confess dlm diari tu, lepas tu kita pass diari kepada bestfriend kita. Bestfriend kita baca, dan dia akan balas tulis buku diari yang sama bagi kita nasihat apa yg patut cara-cara untuk tackle secret admire dan dia pun luah masalah atau dilemma dia dan pass kat saya, dan begitulah seterusnya. Banyak ragam kan? Mencuit hati kalau ingat kenangan dulu-dulu. Walau agak kuno. Hahaha. Kawan-kawan ni juga yg mengajar kita erti kehidupan kerana ada jenis kawan yang baik dan ada jenis yang tikam belakang kawan sendiri. Jadi pengalaman macam ini yang mematangkan kita secara langsung dan tidak langsung. Itu bagi pendapat sayalah, tak tahu pula korang.

Dah masuk alam pekerjaan lain pula ceritanya. Kawan-kawan tu dah kurang. Masing-masing ada komitmen sendiri. Sudah ada kawan yang berumah-tangga, kerja dan tanggungjawab, belajar, dan byk lagilah. Termasuklah dengan diri saya sendiri. Eh, saya masih bujang. Komitmen saya cuma kerjaya sahaja. Sejak masuk alam kerja saya dapat rasakan kelompok kawanan saya dah makin berkurangan. Bestfriend saya yang dulu tu pun dah jarang dah keep in touch. Begitu juga kawan-kawan yang lain yang sama U, sama sekolah rendah dan menengah mmg jarang keep in touch. Masuk alam dewasa ini perubahan berlaku secara kita tidak sedar. Adakah kita semakin matang? Ada ke istilah begitu? Huhuhu.. Saya pun tak tahu.

Saya lebih meluangkan masa bersama keluarga saya. Alam kerja ni tak seperti waktu jadi pelajar dulu. Waktu dulu punya banyak masa untuk luangkan masa bersama kawan-kawan. Waktu sekarang ini masih sama juga hang out bersama kawan-kawan cuma lebih terhad kerana time limited. Jadi family ialah sebahagian besar yang mengisi masa lapang bersama saya. Faktor tempat kerja jauh dan bercuti ke bandar waktu weekend saja, menjadikan saya lebih memilih bersama family. Dulu zaman sekolah saya jarang sekali bersama family dan tidak rapat dengan adik-beradik saya. Selalu gaduh, bertengkar, berkelahi kerana tidak mahu kalah dengan adik-beradik lain. Tambahan jadi kakak sulung, harus ikut leader la! Haha.. Taiko besar siapa berani lawan? Adik-adik tak takut pun. Lol.

So, sekarang kawan-kawan saya ialah keluarga saya sendiri iaitu adik-adik saya. Saya ada 2 orang adik perempuan. Lyne berumur 18 tahun dan Martha berumur 12 tahun. Apabila masa lebih terluang kepada keluarga, hubungan kami the sisters semakin akrab. Balik weekend, saya akan ajak adik-adik saya membuat aktiviti-aktiviti bersama. Seperti zumba bersama, kalau ada event di luar yang melibatkan zumba Lyne la yang selalu temankan kerana kami mempunyai minat yang sama. Kadang-kadang lunch/dinner di luar bersama (among the sisters), pergi picnic, menonton wayang, shopping, karaoke dan macam-macam lagi. Hubungan yang positif begini amat saya perlukan untuk mendapat kasih sayang daripada keluarga sendiri. Lupakan stress kerja dan drama dunia sementara. Tak ternilai kasih sayang keluarga jika dibandingkan hubungan sementara bersama kawan-kawan kita di luar tu. Kawan adalah seorang kawan takkan sama dengan keluarga kita.

How time flies to see both my angels grown up in front of me. Such a big girl now. Dulu buli-buli adik, sekarang dah tak dapat buli kerana sudah meningkat gadis. Garang-garang kakak kamu ini, hati saya ada taman tau! Muka garang macam harimau tapi hati baik dan lembut. Siapa tak sayang korang adik oiii~ Kakak sayang korang. Sayang adik-adik laki juga cuma tak dapat la main-main make up sama. Senget!

Love you to the moon and back! - Le sista

No matter what, family is our priority. Siapa setuju? Saya~~~

Peace & Love,