Wednesday, July 1, 2015

Life: Le Sista


Hai manteman! Tetiba jer kan saya menerjah. Padan muka korang kerana tak terkejut pun. Hahaha. Saya tahu.. :)

Nak tanya, siapa ada adik perempuan atau kakak? Angkat kening ciked! Ha tuu tuuu tuuuuu dah nampak ada yg cuba angkat kening persis kak Ziana. Anak pintar kalian. Post ni lebih sesuai untuk kaum perempuan yg ada adik perempuan atau kakak kerana ni berdasarkan apa yang saya rasa atau pun pendapat saya seorang. Tapi tak ada kaitan dengan isu perkauman, politik, agama, atau sewaktu dengannya ya. This is just a casual entry. So jangan fening2. Tak suka, tak suka. Kita mau hidup aman damai jer kan? Harmoni gituu.

Saya mempunyai 6 orang adik-beradik. Ye, big family kan? :) 3 lelaki dan 3 perempuan. Cun gitu. Dan sayalah anak yang sulung. Dan paling terpendek. I am limited edition okeh?

Dulu masa sekolah rendah, menengah sampailah jejak kaki ke universiti, kawan rapat kita ialah KAWAN la kan? Siapa yg tidak punya kawan semasa zaman2 sekolah dulu? Hihihi. Tipulah kalau korang tidak ada kawan2. Di waktu itulah wujudnya istilah bestfriend lah, bestfriend forever lah, group kamceng lah, siap ada puak2 kekawan. Kawan-kawan inilah yang menemani kita melalui zaman kanak-kanak, remaja dan menuju ke fasa dewasa. Tanya saya ada bestfriend tak dedulu waktu sekolah? Saya ada. Siap tulis diari harian, tulis isi hati dalam diari contohnya syok dengan mamat ini mamat itu dan confess dlm diari tu, lepas tu kita pass diari kepada bestfriend kita. Bestfriend kita baca, dan dia akan balas tulis buku diari yang sama bagi kita nasihat apa yg patut cara-cara untuk tackle secret admire dan dia pun luah masalah atau dilemma dia dan pass kat saya, dan begitulah seterusnya. Banyak ragam kan? Mencuit hati kalau ingat kenangan dulu-dulu. Walau agak kuno. Hahaha. Kawan-kawan ni juga yg mengajar kita erti kehidupan kerana ada jenis kawan yang baik dan ada jenis yang tikam belakang kawan sendiri. Jadi pengalaman macam ini yang mematangkan kita secara langsung dan tidak langsung. Itu bagi pendapat sayalah, tak tahu pula korang.

Dah masuk alam pekerjaan lain pula ceritanya. Kawan-kawan tu dah kurang. Masing-masing ada komitmen sendiri. Sudah ada kawan yang berumah-tangga, kerja dan tanggungjawab, belajar, dan byk lagilah. Termasuklah dengan diri saya sendiri. Eh, saya masih bujang. Komitmen saya cuma kerjaya sahaja. Sejak masuk alam kerja saya dapat rasakan kelompok kawanan saya dah makin berkurangan. Bestfriend saya yang dulu tu pun dah jarang dah keep in touch. Begitu juga kawan-kawan yang lain yang sama U, sama sekolah rendah dan menengah mmg jarang keep in touch. Masuk alam dewasa ini perubahan berlaku secara kita tidak sedar. Adakah kita semakin matang? Ada ke istilah begitu? Huhuhu.. Saya pun tak tahu.

Saya lebih meluangkan masa bersama keluarga saya. Alam kerja ni tak seperti waktu jadi pelajar dulu. Waktu dulu punya banyak masa untuk luangkan masa bersama kawan-kawan. Waktu sekarang ini masih sama juga hang out bersama kawan-kawan cuma lebih terhad kerana time limited. Jadi family ialah sebahagian besar yang mengisi masa lapang bersama saya. Faktor tempat kerja jauh dan bercuti ke bandar waktu weekend saja, menjadikan saya lebih memilih bersama family. Dulu zaman sekolah saya jarang sekali bersama family dan tidak rapat dengan adik-beradik saya. Selalu gaduh, bertengkar, berkelahi kerana tidak mahu kalah dengan adik-beradik lain. Tambahan jadi kakak sulung, harus ikut leader la! Haha.. Taiko besar siapa berani lawan? Adik-adik tak takut pun. Lol.

So, sekarang kawan-kawan saya ialah keluarga saya sendiri iaitu adik-adik saya. Saya ada 2 orang adik perempuan. Lyne berumur 18 tahun dan Martha berumur 12 tahun. Apabila masa lebih terluang kepada keluarga, hubungan kami the sisters semakin akrab. Balik weekend, saya akan ajak adik-adik saya membuat aktiviti-aktiviti bersama. Seperti zumba bersama, kalau ada event di luar yang melibatkan zumba Lyne la yang selalu temankan kerana kami mempunyai minat yang sama. Kadang-kadang lunch/dinner di luar bersama (among the sisters), pergi picnic, menonton wayang, shopping, karaoke dan macam-macam lagi. Hubungan yang positif begini amat saya perlukan untuk mendapat kasih sayang daripada keluarga sendiri. Lupakan stress kerja dan drama dunia sementara. Tak ternilai kasih sayang keluarga jika dibandingkan hubungan sementara bersama kawan-kawan kita di luar tu. Kawan adalah seorang kawan takkan sama dengan keluarga kita.

How time flies to see both my angels grown up in front of me. Such a big girl now. Dulu buli-buli adik, sekarang dah tak dapat buli kerana sudah meningkat gadis. Garang-garang kakak kamu ini, hati saya ada taman tau! Muka garang macam harimau tapi hati baik dan lembut. Siapa tak sayang korang adik oiii~ Kakak sayang korang. Sayang adik-adik laki juga cuma tak dapat la main-main make up sama. Senget!

Love you to the moon and back! - Le sista

No matter what, family is our priority. Siapa setuju? Saya~~~

Peace & Love,





1 comment:

  1. How to bet at a casino – DRMCD
    Here is a step-by-step guide 아산 출장안마 to getting started with our 태백 출장안마 top casino sites, including your first casino 원주 출장안마 deposit 남원 출장마사지 and withdrawal guide.How to place a bet at a casino 부산광역 출장마사지 – DRMCD

    ReplyDelete