Wednesday, March 4, 2015

Review: The Wok Chef .Restaurant. Bar. (Bintulu)


Sebagai seorang penggemar makanan yang tegar (everybody loves foods, right?), saya akan selalu mencari spot yang sesuai untuk menikmati makanan yang lazat, harga yang berpatutan dan mempunyai persekitaran yang santai untuk hangout with your buddies. Pada malam sebelum saya bertolak ke Jakarta untuk keesokkan harinya, saya mengajak adik lelaki saya, Ben, untuk hangout and dinner di luar. Sudah kebiasaan kami sekeluarga kalau ada masa lapang saya akan mengajak adik-beradik untuk berkumpul dan having fun kerana kami jarang bersua.

Pilihan saya untuk kali ini ialah The Wok Chef : Restaurant & Bar di mana ini merupakan standard restaurant terletak di depan bangunan Premonade Hotel Bintulu. (Not exactly depan ye, maksud saya sebaris dengan kedai-kedai di bangunan hadapan hotel tersebut atau lebih mudah sebaris dengan Tajai Borneo Pub & Karaoke) dan ini pertama kali saya datang ke sini.




Restaurant ini berjaya menarik minat saya kerana setiap kali di laluan ini memang akan penuh dengan pelanggan. So, why not give a try, right?


Pemilihan kerusi dan meja yang sesuai. 

Spot yg amat sesuai untuk lepak-ing bersama kawan-kawan.

Masa ni Sarawak menentang JDT. Tahniah JDT atas kemenangan. 
But Sarawak always in my heart.

Impressive. Saya suka layout restaurant ini dan amat sesuai untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan yang lain. Dan bagi peminat bola sepak, di sinilah tempatnya untuk korang datang support team korang sebab ada provide a huge white screen.


My partner in crime that night. My bro. :)

Saya telah memesan Chicken Chop bersoskan blackpepper. Hmmm~ Good presentation. The price is affordable too. Just the french fries tu agak sejuk. Hm. But it's delicious! I'm not really a black pepper fan but this time it just too perfect melting in my mouth with the boneless chicken and soft and tender meat. I'm drooling right now when reminiscing the taste back. Dah stop! Jangan lebih-lebih.

Chicken Chop served with black pepper sauce.

Carbonara Spaghetti. Delicious! Marvelous!

 Deep Fried Squid Ring


Ben pula ordered Lemon Chicken with Rice but tak sempat ambil picture. Dia dah makan sebelum sempat nak snap gambar. And the Mushroom Soup served with ginger bread is highly recommended y'all. The taste is so creamy~ Yummy until you can touch the heaven. Propa sgt kan? Hahaha.



So, sesiapa yang ingin mencari restaurant yang sesuai untuk menikmati makanan dan santai and they SERVE NO PORK too, datanglah ke:

The Wok Chef
Restaurant & Bar
Sublot 159, Parent Lot 7668, Block 31, Kemena Land District, 
97000 Bintulu, Sarawak
Business Hour: 5 pm - 1 am

atau korang boleh layari Facebook untuk mendapat informasi tentang The Wok Chef.


Sekian review dari saya. :) Semoga dapat membantu.

Peace & Love,