Thursday, February 19, 2015

Kembali Berbelog! :)

Selamat bercuti sekalian! Gong xi fa cai. Tahun ni tahun kambing. Semoga melimpah segala kesenangan ke atas kalian semua. Seronoknya bercuti. Bolehlah sekalian pay a visit to your chinese buddies or relatives. Tak salahkan untuk merapatkan perhubungan sesama manusia walaupun kita tak berbangsa cina dan tak sambut perayaan mereka. Nama dah 1 Malaysia, jomlah jayakan konsep 1 Malaysia. No racist okay~

Letter A. Ini blog baru yang saya created. Segala isian blog ini lebih cenderung kepada informasi, hiburan, pengembaraan, inspirasi, dan juga serba sedikit tentang kehidupan saya. Almaklumlah, mahu juga mengabdikan kenangan pahit manis saya di sini sebagai suatu ingatan juga mungkin sebagai panduan atau dorongan/sokongan untuk pembaca kalian (mudah-mudahan).

Sekarang saya sangat mengantuk sebab baru tidur pukul 4am tadi dan boss telefon saya ada appointment nak jumpa pukul 10am. Boss ajak visiting CNY. Dapat la juga angpow RM17. Umur 27 tahun masih diberi angpow (and single of course). Kau haderrr??? Mata dah berkulat-kulat dan tilam dah memanggil-manggil. Oh saya sungguh mengantuk. Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 4pm, nak tidur kejap pun tak apa lah. Hokey~ Tarik-tarik tali, lain kali kita tulis lagi.

Peace & Love,