Tuesday, April 14, 2015

Review: Hyello Cafe & Bistro, Bintulu



Ingin makan ayam pansuh, sambal petai, keli masak tempoyak, paku masak belacan, pucuk ubi dan macam-macam lagi borneo taste? Hyello Cafe & Bistro ada semuanya. Macam mana nak pronouce ni? He-llo? Hei-llo? Hai-lo?  Pertama berkunjung ke cafe ini pada awal October tahun 2014. Percaya ke tidak, owner cafe ni Orang Ulu (etnik di Sarawak) tau. Bangganya saya tau sebab ada etnik kita dah maju setapak dalam bidang perniagaan begini. Kita tak dengki malah kita sokong bangsa kita pandai meniaga.

Hyello Cafe & Bistro terletak sama bangunan dengan Secret Recipe yang kat Medan Raya tu. Dah dapat bayangkan tak? Iyaaaa.. Yang opposite Lalaland Bistro & Pub tu. Seberang jalan jer. 

Mari saya review Hyello Cafe & Bistro:

Cafe & Bistro. 
Bar & Grill. Cafe . Breakfast & Brunch Restaurant

Provides you Borneo Taste & Western Cuisine


                                                         



Interior dalaman




















Special nya restoran ini kerana menyediakan lunch yang berunsurkan Borneo Taste Buffet. Ada juga order ala carte punya style. Anak tekak siapa yang memang orang borneo sejati? Sila angkat sudu! Sesuai sangat datang ke sini. Masakan ala-ala rumah/kampung yang disediakan. Mari tengok menu-menu yang ada:

Semua gambar hasil ehsan dari page facebook Hyello Cafe & Bistro:

Aneka Pilihan Rasa


Paku Ikan

Keli Masak Tempoyak



Yummy Terung Masam

Marvelous Sambal Petai

Nasi Bungkus (So Classic!)

Umbut-umbut

Pucuk Ubi


Ayam Pansuh 



Dan banyak lagi menu-menu yg disediakan.


Ini portion yg saya ambil.
Lauk: Pucuk Ubi, Keli, Sambal petai perghhh,
and satu lagi tu tak ingat nama.
RM7/serving.
Sangat lumayan dan puas hati dengan price yg dikenakan.
Ambil banyak mana mampu kau RM7 juga kot?
Better double check dgn owner later ya kalau kalian mahu ambil semampu mana. Hiuhiu :)

Lapar-lapar waktu lunch maiiii la datang singgah sini dan cuba masakan enak dari chef Hyello ni. Confirm korang nak datang lagi. Saya dah pilih spot tempat ni sebagai tempat kegemaran. Next time saya nak bawa mak, apak, adik-adik datang makan sini merasa masakan kampung yang mungkin ada yg jarang kita sefamily makan. 

Cafe ini ada dua tingkat. Yang bawah untuk makan-makan breakfast, lunch or brunch and untuk dinner juga. Korang juga boleh datang ke atas cafe ni di mana ada bar pula dibuka pada sebelah malam.

Yang bestnya bar ini sometimes ada live band group dijemput untuk buat persembahan menghibur pengunjung di sini. Second time pergi pun saya tidak berpeluang melihat live band di sana. So not lucky me. Huhuhu... 



Gambar ehsan dari page facebook Hyello.

Dan ada pengumuman ISTIMEWA kepada fans
Masterpiece
Masterpiece are coming to meet their fans in 
Bintulu and performing live in
 Hyello Bistro 
on this 
Saturday 18/4/ 2015
for all masterpiece fans out there..
don't miss out!

 Happy tak? Happy tak?
One of famous band in Sarawak
Rugi2 sgt kalau korang tak datang.

Selain itu, Hyello ada Happy Hour Rate pulak.

--------
 Ms. Win, Lyne and I.
It's Ladies Night Out yo!

My sis Lyne & I hang around quite often.

The bar is so spacious with good ambiance.
They provide open karaoke like other pub & lounge.
Nice place untuk hang out with your buddies.
Western foods ada juga dijual cuma malam tu  
cuma order french fries sebab masih kenyang.
And of course that night I sang one song.
Saya ni hantu karaoke. 
Bagi jer mic kalau boleh saya saja yang menyanyi.
Tapi tak boleh la selfish.. takut semua pengunjung cabut lari.
So, bagi korang-korang semua yg memang mencari tempat untuk makan makanan yg sedap dan spot release tension korang, Hyello Cafe & Bistro adalah tempat yang sesuai. 
Alamat adalah seperti di bawah:
Hyello Cafe & Bistro
No. 264, Assyakirin Commerce Square, 
Jalan Sultan Iskandar,
97000 Bintulu

 HP: 013-8812979

Atau boleh layari Facebook ini untuk mendapat info yang lebih lanjut:

Sekian review daripada saya,
Peace & Love,
 






No comments:

Post a Comment