Wednesday, April 1, 2015

Hotel Review: Harris fX Sudirman, Jakarta, Indonesia


Trip ke Jakarta ini sebenarnya pada akhir bulan February lepas dan saya mengikut kursus di sana. Dek kerana tak punya masa untuk meng-update, jadilah cerita yang diperam. Pada 26hb Februari 2015, saya telah bertolak ke Kuala Lumpur menggunakan flight Air Asia pagi dari Bintulu pukul 10am dan mendarat di KLIA 2 sekitar pukul 12.05pm. Ni first time menapak kaki ke KLIA 2 jadi agak jakun juga la perasaan masa tu. Dengan mall di dalam airport? Huhuhu. Bagus juga tau kerana bagi penumpang2 yang masih menunggu next flight yg transit macam saya yang kena tunggu 3 jam lebih lagi flight ke Jakarta tu which was pukul 4.40pm, sempatlah saya pergi cuci mata sekitar mall dalam airport ni. Tak terasa waktu.

Mall-mall ini satu cerita, dan yang nak ke pintu gate pula lain cerita pula. Jauh sangat mak oiiiii... Berpeluh ketiak, lenguh tangan juga nak bawa luggage/hand carry bagai. Dalam hati sempat mengomel, jauh lagi ke? aishhh jauh lagi ke ni? Sambil2 berjalan sempat membayangkan kalau kes lambat check-in dan nak rushing bagai, confirm y'all perlu berlari sekuat hati nak sampai di pintu gate flight korang takut taknak tertinggal flight. KLIA 2 ni sesuai untuk Running Man jadikan tempat untuk TV Show, pasti kau mengah2 pusing airport ni. Pendapat aku la, jangan korang lambat masuk ke pintu gate sebab memakan masa. Better awal masuk, check in dan tunggu waktu panggilan masuk flight.

Banyak sangat ceritanya, saya jamukan dengan gambar lah ye.


 Ke JKT ke kiterrr? 


Senja JKT :)

Sesampai di Soekarno Hatta International Airport sekitar pukul 5.45pm waktu tempatan (4.45pm waktu Jakarta) saya mengambil teksi ke hotel. Disarankan kalau nak pakai teksi di sini pakailah dari syarikat Blue Bird. Dan boleh membuat tempahan teksi terlebih dahulu melalui apps (kena download apps kat android/apple) tapi saya tak buat kerana saya tak tahu pun boleh buat macam tu. Huhu....

Pukul 8pm sampailah saya di hotel yang ditempah oleh saya iaitu Harris fX Sudirman Hotel setelah menempuhi kemacetan selama almost 1 jam setengah di jalan raya. My perception with this hotel is...... saya sangat berpuas hati. Harga sekitar RM270++/night melalui tempahan dari Agoda.com. What do you expect? Ini bukan Inn Budget juga sebab ada mall di bawah hotel ni. Huhu.. Saya sarankan kalau korang jenis yang datang bercuti untuk makan angin dan shopping dan bukan urusan kerja sangat sesuai pergi cari sekitar Blok M, Melawai, Tanah Abang ke melambak Inn Budget sana. Oleh kerana urusan rasmi, di sini lah pilihan hati. Hotel ini teksi dah standby di lobi. Senang untuk ke hulu hilir dan pastinya teksi Blue Bird. :)

Sini saya nak review sedikit mengenai Harris fX Sudirman Hotel:



Queen Bed perfect for two. Even single too.

Pelbagai siaran TV disediakan. 
Dari local channel ke international channel as well.

Coffee & Tea making facilities are available. (Free)
Yang keropok dan biskut tu berbayar.

 Sedapppp dan berbayar. 




 Spacious bath room.



Malam-malam sebelum tidur boleh la nyalakan lilin ni.
Ini dipanggil Candle with Fragrance Oil.
Nyalakan lilin menggunakan mancis kayu yang disediakan (dalam kotak jingga tu).
Fragrance oil yang di dalam bekas ala-ala mangkuk akan dibakar oleh lilin yang menyala dan akan menghasilkan bau wangian yang menyenangkan. Harum.
Malam pertama saya nyalakan lilin. Lena tidur tau.
Malam kedua lain pula cerita dan agak funny.
 Dah nyalakan lilin asap berkepul2 pula yg terhasil.
Cepat2 padam lilin takut smoke detector berbunyi pula naya tau semua orang lintang-pukang lari ingat ada kebakaran. Nasib tak jadi begitu.

Pemandangan luar dari tingkap kaca bilik saya. 
Cantik kan?

Hotel ini sangat dekat dengan Senayan City Mall dan Senayan Plaza. Boleh jalan kaki jer. Pakai teksi pun dapat juga. Si penggemar shopping, sangat sesuai untuk stay di sini.

Lepas simpan beg apa semua, kita mandi dan make up bagai, kita nak ready pergi dating dengan pacar kita. Pacar udah tungguin di lobi. Pacar kita kerja sini, jadi secure sikit nak jalan ke sana ke mari kerana ada orang jaga. Alololo.. miss you already. :( 

Ready mau dinner dgn pacar.
Kita ke Porta Venezia Italian Restaurant, Hotel Aryaduta, Semanggi, Jakarta

Yang sedihnya trip kali ini saya takde keluar waktu siang kerana kursus dua hari. Almost 6pm baru habis, mana la sempat nak menikmati dunia Jakarta ni siang hari. Sedih! Next time, saya nak datang untuk bercuti bukan urusan kerja. :) Ok. Setakat ni dulu review nya ya. Ketemu lagi untuk next entry ya...

Peace & Love,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhKFnGCDuWLDwobuSrDXYlysMwTyhvLzcAmTWrNBHNrMGZCiZuYx0VHwpt4ZBZOMc-5xnxNnUrskx7wlPOtkNQPoaDdAdxYoWYo3pgxkqLk4L7NgP7n5un0VTIQ1B6B391H9ioKSzd22w/s1600/signature+xnEz.png









No comments:

Post a Comment