Thursday, October 29, 2015

Life: Jika Kau Seorang Kekasih by Agnes N.L.



Eheemmm! Lama dah saya tidak menulis warkah-warkah di dalam blog ini. Baca tajuk entry, wooowww.. jiwang sehhhh!

Memang jiwang giler. Tu sebenarnya puisi luahan hati saya suatu ketika dulu. Hari ini tadi belek punya belek old stuff haaa terjumpa la benda alah ini. Hobi saya dulu semasa teenager mengarang puisi juga lah. Dulu sekolah menengah saya aliran Sastera, so sedikit sebanyak mempengaruhi jugalah minat "Kesusasteraan" begitu. Tidak selalu cuma kalau perasaan itu moody, rindu, sedih etc, idea tu tetiba muncul di mana apa yang saya tulis itu menggambarkan perasaan saya.

Berbalik dengan tajuk entry tu, puisi ini menggambarkan kekecewaan dalam percintaan. Cheeewahhh! Sedih siot bila nak fikirkan balik tapi nak tergelak juga ada kerana ayat yang tidak boleh belah dan I did something like this for few years ago. I feel like Oh my goshhhhh. So silly. Hahaha :) But that was a memory of mine. For the man I used to love before, thanks for the memory and lesson you gave me. Everything happens for a reason. I believe in faith. I am happy for what I am right now and what I have for this entire life.

When I love someone, I will sincere loving you from the bottom of my heart. <3


Jika Kau Seorang Kekasih

Kekasihkah gelaranmu, wahai Pemuda?

Kekasih yang menyemai cintanya

kepada si Dara,

Memancing pandangan selagi terdaya,

Menabur janji akan setia,

Setiakah dirimu itu, wahai Kekasih?

Apabila sengketa mula menular,

Permainan dusta mula mengancam,

Melepaskanmu suatu kepedihan,

Namun menyintaimu suatu keseksaan,

Berikan pengertian cintamu kepadaku,

Jika kau seorang Kekasih.



Written by Agnes N.L.


This poem was wrote on 2008 if I'm not mistaken. Such a year... :)

Well, untuk pengetahuan entry di atas tidak bermaksud apa-apa sama ada merindui dirindui atau sebagainya. Entry ini hanyalah untuk menyebarkan karya semata-mata.

Until we meet in next entry.

Peace & Love,




No comments:

Post a Comment